Librería Samer Atenea
Kálamo Books
Librería Elías (Asturias)
Librería Kolima (Madrid)
Librería Proteo (Málaga)
Dari Hulu Yam ke London ialah sebuah memori yang merakam perjalanan hidup Tuan Haji Yusoff Ahmad-daripada kehidupan sebagai seorang anak kampung di Hulu Yam, pengalaman menuntut ilmu, sehinggalah beliau membina kerjaya dalam bidang perundangan dan kehakiman Malaysia.Perjalanan beliau membawanya ke London pada tahun 1964, sebuah pengalaman yang mengubah kehidupan dan membuka ruang kepada pelbagai pengalaman baharu. Di samping menuntut ilmu undang-undang di King’s College London, beliau turut berpeluang mengembara, mengenali budaya asing dan, secara tidak disangka-sangka, menjadi pembaca berita Bahasa Melayu di BBC London.Sekembalinya ke Malaysia, beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman sebelum melalui pelbagai pengalaman sebagai pendakwa raya, majistret dan akhirnya berkhidmat di Mahkamah Perusahaan. Pengalaman beliau di Mahkamah Perusahaan menjadi antara bahagian paling bermakna dalam kerjayanya, khususnya dalam usaha menyumbang kepada perkembangan undang-undang perhubungan perusahaan dan memperjuangkan kepentingan pekerja.Namun, memoir ini bukan sekadar kisah tentang pendidikan dan kerjaya. Ia turut mengabadikan kenangan tentang keluarga, guru-guru yang banyak berjasa, sahabat-sahabat lama, perjalanan hidup serta pentingnya mengekalkan silaturahim. Setelah bersara, beliau memberi perhatian kepada tiga perkara utama-keluarga, silaturahim dan tanggungjawab sosial.Dari Hulu Yam ke London ialah sebuah kisah tentang keberanian mengambil peluang, nilai pendidikan, pengalaman merentas zaman dan tempat, serta kehidupan yang terus memberi makna apabila seseorang memilih untuk berkongsi pengalaman, menghargai insan di sekeliling dan meninggalkan sesuatu untuk generasi seterusnya.